Thursday, August 20, 2009

Raikan Ramadhan dengan kesyukuran

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dianugerahkan kesihatan & kesejahteraan. Semoga juga kita sentiasa berada dalam redha-Nya apalagi dengan Ramadhan yang bakal menjelma. Insyaallah.

PENGHARGAAN
Maya disini ingin membuat beberapa pengumuman kepada para pelanggan & anda yang setia mengikuti perkembangan Saujana Batik selama ini. Jutaan penghargaan Maya hulurkan buat para pelanggan, keluarga & rakan-rakan yang menyokong perjalanan Saujana Batik. Terima Kasih!


BATIK MEGA SALE
Bersempena Ramadhan Al-Mubarak & Aidilfitri, Saujana Batik akan mengadakan ‘Batik Mega Sale’ bermula pada 22hb Ogos 2009 ~ 22hb Oktober 2009. ‘Batik Mega Sale’ yang berlangsung selama 2 bulan meliputi semua Batik yang terdapat dilaman ini. Hadiah Istimewa kepada mereka yang membuat pembelian 3 pasang Batik & keatas. Jadi jangan lepaskan peluang mendapatkan Batik yang anda idam-idamkan! Senarai harga ‘Batik Mega Sale’ akan mula dipamerkan kepada anda pada 22hb Ogos 2009 ini. Nantikan.

PEMBAYARAN ANSURAN
Saujana Batik sedia menimbangkan pembayaran ansuran daripada para pelanggan, namun penghantaran Batik kepada pelanggan hanya akan dilakukan sebaik pembayaran akhir dilunaskan. Bayaran ansuran adalah terhad kepada 2 kali, dan tempoh bayaran adalah 2 bulan. Maya berharap melalui kaedah ini ramai yang lebih berpeluang memiliki Batik, Eksklusif dari Terengganu.


GORGEOUS CREPE DIGITAL & BATIK SUTERA AYU new stocks!!
Saujana Batik akan membawakan lebih banyak stok terbaru pada 10hb September 2009~Rabu. Gorgeous Crepe Digital & Batik Sutera Ayu semestinya menjadi pilihan Maya kali ini untuk ditawarkan kepada anda. Maya harapkan koleksi terbaru itu nanti juga akan menepati citarasa anda!

Salam Ramadhan,

No comments:

Post a Comment